Thursday 14 March 2013

Secara Rasminya Saya Di Lendu!

Assalammualaikum, 

Pada 1hb Mac 2013, aku melaporkan diri di UiTM Alor Gajah.. dan dengan itu secara rasminya aku telah menjadi orang Melaka.. Ya , orang Melaka.. Selamat tinggal Sunway Pyramid, Selamat tinggal Jaya Grocer, Selamat tinggal Mid Valley.. Selamat tinggal Puncak Alam n yang paling sedih... Selamat tinggal bilik.. katil.. dan bantal-bantal yang ku sayangi.. hahha (macam cerita drama Surat Dari Langit Biru.. Habis kat semua nak di ucap selamat tinggal..) 

Jam 8 pagi aku melaporkan diri di pejabat Pentadbiran UiTM Alor Gajah, aku berjumpa dengan Puan Mawar. aku macam rasa baru nak masuk kerja jerk. sebab segala borang yang aku isi waktu nak masuk kerja uitm dulu tu semua aku kena isi semula. Paling tak suka  isi borang yang banyak2 tempat kosong tu.. bila tiba kat bahagian keluarga tu.. sedikit sayu rasa hati. kerana aku perlu meninggalkan tempat kosong begitu sahaja di bahagian bapa.. Alfatihah buat ayah ku.. aku rindukan dia.. :( 

dah-dah tak mo sedih2.. aku kena mula kan hidup baru di Melaka. dah banyak tempat aku g keje tapi kat sini yang paling lain. sebab aku dapat tugasan tuk di siapkan sebelum 15hb Mac 2013. aku perlu mendapatkan tandatangan setiap pegawai atasan, sebagai tanda perkenalan. pergh bberpeluh gak nak jumpa diaorg2 ni. dah la buzy memanjang.. tapi atas pertolongan Kak Zaleha.. (Juruteknik Komputer Kanan) aku dapat selesaikan semua.. hah korang tau macam mana gaya dia bercakap.. 

dia angkat telefon..: dia dail.. bila kat sana dah angkat. semekom! ada opis tak? sy nak dtg nih. nak bawak technician baru nak pecah belon. huhuhu.. aku mula2 ingat kak leha ni orangnya garang.. tapi rupanya tidak.. dia sgt-sgt sporting.. n otak gler2 walaupun umur dah 50.. coach Bola Jaring UiTM Lendu nih... 

hurm.. aku rasa sampai sini dulu la aku mengomel.. da semua.. xoxo ..........

No comments:

Post a Comment