Thursday 30 June 2011

Sampul Duit Raya Angry Birds!

Pejam celik pejam celik, tdo bangun tdo bangun dah masuk bulan Julai .pergh! sekejap jerk lagi dah nak puasa.. ramai dah yang buat persediaan raya.. kalau tak percaya g jalan TAR atau tgk kat tv.. iklan puasa.. (Coke),iklan baju raya (KAMDAR) .. macam2.. kalau tgk kat intrnet lak iklan jualan kereta sempena musim perayaan.. Cepat betul masa berlalu.. 
Aku kat sini pun nak meniaga skit.. saper yang suka Angry Birds? ha mesti minat sampul wet raya nih..

Pic Angry Birds 1....
Pic Angry Birds 2
Pic Angry Birds 3
Pic Angry Birds 4


Ha.... amacam.. cute tak? cute kan..kan..kan..
Nak Oder? 
1 peket = 10 keping
RM : 6.50 / peket..
sila lah email pada saya jika ada yang berkenan di hati..
pnwanie@gmail.com

Israk Mikraj

Assalamualaikum w.b.t. 
Semalam ini 29 Jun 2011 bersamaan 27 Rejab 1432 umat Islam di seluruh dunia akan menyambut peristiwa Israk Mikraj. Ianya merupakan satu peristiwa yang cukup besar dalam diari dan sejarah umat Islam. Dan kerana itu juga kita punya kepentingan untuk membebaskan BaitulMaqdis (Masjid  Al Aqsa)  Palestine tempat berlakunya peristiwa ini dari cengkaman Israel. Bersama2 kita menghayati kebesaran Allah walaupun ada diantara kita sudah hafal kronologi peristiwa ini… 

RINGKASAN PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ 

Sebelum Israk dan Mikraj 

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu. 
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ): 

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah: 

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. 
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah; 
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan); 
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

 Antaranya : 

 Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak. 

 Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan). 

 Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang). 

 Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka. 

 Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami. 

 Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`. 

 Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain. 

 Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. 

 Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang. 

 Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat. 

 Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. 

 Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua. 

 Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat. 

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum. 

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat. 

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ): 
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). 

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan. 

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S. 

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S. 

iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S. 

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil. 

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab. 

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. 
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". 
Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah). 

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya. 

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya. 

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. 

Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya: 

Allah S.W.T : Ya Muhammad. 
Rasulullah : Labbaika. 
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. 
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga. 

Selepas Mikraj 
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). 


# Pada rakan-rakan yang berpuasa semalam , insya Allah ganjaran seperti berpuasa 5 tahun akan jadi milik kita. 

Tuesday 28 June 2011

Anda Bosan?

" Alamak...boringlah!" Demikian keluhan remaja yang melepak, sewaktu ditanya kenapa tidak menghadiri sesi pengajiannya di sekolah. Seorang petugas pejabat dalam kerut wajah penuh kebosanan dengan bengang berkata, " Menyampah! Kerja tak pernah habis, boring betul!"

Sememangnya rasa jemu, bosan atau boring adalah unsur yang pasti pada manusia. Perkara tersebut adalah normal. Tetapi ia bertukar menjadi tidak normal apabila rasa tersebut menjadi penjajah kepada hati hingga menghalang produktiviti, kreativiti dan menjadi sebab merencat kemajuan. Apabila kemajuan menguasai hati hidup dirasakan begitu kosong, penat dan tidak menyenangkan. Akibatnya lahir pelbagai perkara negetif yang menyumbang kepada kepincangan masyakat dan kehidupan. Alangkah seksanya bagi manusia yang terperangkap dalam jaring kejemuan dan terlekat di bubu kebosanan.

Kejemuan adalah buah. Benih asalnya ada dalam diri setiap kita. Apabila kita gagal mengenal diri, dlam erti kata di mana kita datang, kenapa kita disini dan kemana kita selepas ini, maka dengan sewenangnya rasa jemu akan menakluk diri kita. 

Awas! sesuatu yang jangan dilupakan, senjata utama syaitan dalam merosakkan manusia ialah melalui panah kejemuan dan kebosanan! Kerana rasa jemu jugalah, ramai pejuang yang tersungkur di jalan perjuangan.

ARAH TUJUAN HIDUP

Juteru, terapi terbaik untuk menangani rasa jemu ialah dengan meletakkan dengan jelas hala dan matlamat hidup ini. Ingatlah! tanpa arah, hidup akan jadi tidak tentu arah! Suburkan dalam hati dan ingatan, kedatangan kita kedunia ini ada matlamat yang perlu disempurnakan. Kita ada amanah yang dipikul. Allah yang Maha Mencipta, sesungguhnya tidak menjadikan manusia dalam keadaan sia-sia. Kita diletakkan sebagai hamba di atas muka bumi ini, dalam posisi untuk beribadah kepada Yang Maha Esa.

Allah SWT dengan tegas menyatakan : 

" Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan semata-mata untuk beribadah kepada-Ku". 
(Az-Zariyyat: 56)

Kebosanan yang tidak terkawal adalah bermula dari jiwa yang kabur tentang matlamat ibadah. Betulkan pandangan terhadap erti hidup, sebagaimana tepatkan erti pula persepsi terhadap pengertian ibadah. Hidup ini adalah untuk beribadah. 

Sesungguhnya ibadah adalah kekuatan, yang akan memugar hati dengan keperkasaan. Ibadah adalah tujuan, yang dengannya menjadi penawar terhadap kebosanan yang berpanjangan. Pasakkan pula engan mendalam dalam ingatan, betapa tempoh pinjaman nyawa buat kita di dunia ini terlalu sebentar. "Hidup ini terlalu singkat, ia menjadi bertambah singkat apabila kita membuang masa." Demikian pesanan hikmah daripada orang bijaksana.

PENAWAR TERBAIK..

Renungilah akan hakikat masa yang sifatnya terlalu laju dan singkat. Sedangkan kita tidak lagi diberi peluang kedua untuk memiliki masa yang adaa sekarang. Ingatan tersebut akan menjadikan hati kita segar. Kita akan bersemangat untuk membuang selimut kebosanan, kejemuan dan rasa boring tersebut.

Sesungguhnya "zikrul maut" - mengingati mati adalah penawar terbaik bagi hati yang tekah dipanjat kejemuan. Beriktibarlah terhadap kematian yang begitu mudah terjadi kepada manusia. Kematian yang datang sesungguhnya pasti akan terjadi. Apabila telah sampai saatnya, ia akan berlaku tanpa rang lagi buat manusia untuk memohon penaangguhan. Hati yang hidup dengan ingatan terhadap kematian adalah hati yang akan segar dan bersemangat. Dia akan bersungguh untuk memenuhkan baki hidupnya engan amalan dan kebaikan. 

Kemudian , hati disuburkan pula dengan zikrullah dan membaca Al-Quran. Hati umpama sebidang tanah yang akan menjadi kontang apabila berjauhan dengan zikir dan Al-Quran. Tamsilan yang jelas, perlunya hati kita kepada zikrullah dan Al-Quran seperti perlunya ikan kepada air. Hati yang dijajah kejemuan  adalah hati yang erpisah daripada kedua perkara utama tersebut.

LUANGKAN PANDANGAN

Bermusafirlah! Kerana dalam musafir, terkandung hikmah yang tersangat banyak. Jauh perjalanan luas pemandangan. Akal kita akan lebih berdaya fikir apabila kita melakukan safar. Begitu pula hati, akan diresapi semangat yang segar apabila kembara dilakukan.

Doa? Ya. Kepada Allah jualah segala-galnya. Dia-lah yang memegang tangkai hati manusia. Dia-lah Yang Maha Berkuasa atas segala. Kepada-Nya-lah kita kena sungguh memohon, agara jauh dan dipulihkan hati daripada bahanya sifat kejemuan. Kalau kejemuan terus mencengkam jiwa.... Ingatlah...: 

Malaikat pencatat amal tidak pernah "BORING" dalam mencatatamalan kita selaku hamba! Kerana itu, boringkah kita dalam mengisi "bakul amalan" untuk bekalan yang akan dibawa ke AKHIRAT SANA?"

Sekadar perkongsian . (Anis /JUN/ 2011)

KFC Time With Hubby

JUMAAT.. hehehehee Jumaat adalah hari yang dinanti setiap minggu.. Masa untuk bertemu Hubby! pesanan hubby b4 jalan balik.. drive carefully. baca doa sebelum gerak.  ok done.. semua dah wat.. ops.. satu lagi.. apa-apa call.. Ok !

sampai kat umah Bukit Katil kul 7:30 .. dah selesai semua.. hubby pun sampai umah.. Gaji dah masuk.. bila hubby tnya malam nih makan apa? KFC! awal-awal dah plan.. hehhe malam tu g la makan.. tapi yang sedihnya.. gambar dia jerk yang ada., gambar aku tak der.. hahhah.. lupa amek la..

Muka orang yang dapat makan KFC.. hehehe

This is mine..
tu hubby nya ayam. dia suka spicy..

Air kena sama .. kalau tak nanti gaduh. hahhaha

Dah lama tak makan KFC sebenarnya.. malam tu dapat makan.. Alhamdulillah.. ahaks..

Happy Belated Bufday u all's....

Hari Jumaat lepas, aku n Aini buatkan majlis sambutan hari lahir staf di tempat kerja aku.. Makanan kami tempah dari Faiz Catering. kawan-kawan yang lain ada juga yang bawak buah, jajan, kek n macam-macam lagi.. yang bawak PEROT n bawak MULUT jerk pun ada. hehehe tapi tak kesah la semua tuh.. kita nak happy-happy macam satu family..

Bermula nya setup meja jam 12:30.. janji ngan caterer pukul 2 hantar makanan, skali dia dtg hantar pukul 12:30.. terkujat sekejap.. tapi tak per.. paham.. diaorng tajkut makanan sampai lambat..Jom tengok gambar kat bawah..


Aktiviti memotong buah dan kek..

Datang la plak dua orang tambahan yang mengacau..

Ini antara juadah yang di bawa..

lagi...

lagi...

Masing-masing sedang menunggu dengan penuh rasa lapar..

Penyampaian hadiah oleh Pn. Nik

Hadiah Bufday...

Makan time!!!

so kat cini aku nak wish kat diaorang.. Happy Belated Bufday..
Semoga dimurahkan rezeki..
Semoga dipanjangkan umur dan...
semoga mendapat keredhaan dariNya..
Amin...

ahaks...

Wednesday 22 June 2011

My FamiLy!

Kali ini aku nak kenalkan dengan family aku.. Bila dah kawin aku ada dua family.. Family aku n Family sebelah hubby aku.. Jom tgk...

Ini Family Aku..
Dari kiri belakang : Aideel (adik bongsu), My Hubby, Aku, Ainol (adik lelaki ), Nawal (adik perempuan ). Dari kiri depan : Ayah, Atok Yah, Opah, Ibu.

Ini Family Hubby ..
Dari kiri belakang : Shahzlan, Shahzwan  && My Hubby.
Tengah : Watie (wife Shahzlan) && Aku.
Depan : Shahidah, Mak && Abah

Alhamdulillah, Allah mengurniakan kepada aku dua family yang bahagia. Sangat bahagia.. Erm.. Bila lak nak tambah bilangan ahli keluarga nih? ahaks..

Konvokesyen Adik Ipar

Adik ipar yang nak berkonvo kak long n abg long dia yang lebih excited.. Hadoi la..

Kita orang gerak dari Melaka jam 7:30 pagi.. Pagi tuh semua kena jerit ngan mak.. hahhahaha aik! mak lak excited.. hahha biasa la anak nak konvo siapa tak excited.. Habis semua pergi termasuklah camera man iaitu Pak Kem.. hehhe Thanks Pak Kem sudi join skali bagi memeriahkan perjalanan kami..

Inilah situasi waktu nak bertolak..

Ini lah alongnya yang sangat-sangat bersemangat.. tapi sekejap jerk semangat dia .. sebab dia yang kena drive..

just arrive.. Ini gambar adik ipar aku n wife dia..

Mak n Abah bergambar di pintu masuk utama konvokesyen di DATC.

Kami semua tak dapat masuk, yang dapat masuk mak n abah jerk. So ini lah yang terjadi bila kena tunggu lama .. lambat lak dak ida nak kuar kat screen.. 

Ta ra............ Inilah gambar yang dapat kami ambil.. dari screen jerk. hahhaha.
Ini hadiah mak untuk Ida.. Katak Hijau..
Inilah gambar 1 family.. Along dia tu suka sangat lah nak bercakap.. Macam lah suara dia leh kuar kat gambar.. Tapi tak mustahil kalau satu hari nnt ada suara bila tgk gambar .. Erm.. Zaman dah moden.. Negara dah maju.. Ahaks..

Gud Luck To Angah!

Aku balik dari keje tadi , aku tgk adik aku yang sorang nih khusyuk gler tekan kalkulator..aku tnya "ko wat per ngah"" aku ngah mengira la. wat latihan tuk sok. sok aku exam.." kesahnya.. aku baru tau.. so aku pun tak kacau la dia... sambil-sambil dia duk mengira mata masih menjeling kat tv.. ish-ish.. kalau aku yang blajar tuh.. tujuh jam blajar satu pun lum tentu masuk.. 

Adik aku lain. dia kalau ngah blajar tak boleh sunyi-sunyi..kena ada muzik. Katanya baru cepat masuk. hadoyai... macam-macam hal.. tapi tak per la. dia lebih selesa macam tuh.. huhuhu aku hanya leh ucapkan .." Semoga berjaya dan jawab betul sok" . kul 8 malam, ayah hantar dia ke rumah kawan dia tuk study. Dia kata dia tdo sana. So malam ni aku bebas la tdo sorang-sorang.. nak wat kuak lentang ker.. ape ker.. sukahati aku lah... ahaks...

Tuesday 21 June 2011

Pn. OneNie Memulakan Bicara..

Assalammualaikum, 

Salam buat semua.. Onenie baru nak mulakan blog.. sebelum nih dah ada blog.. tapi malas nak continue.. ( padahal lupa password) .. Buat teman ku yang teringin sangat nak follow blog nih.. follow lah.. nothing special kat sini. Sekadar mengisi masa lapang.. Banyak nau masa aku ni yer.. hep.. hep.. cover skit cakap tuh.. kang bos tau habis!

Kebanyakkan blog yang aku tgk.. mereka banyak bercerita tentang diri diaorang, masa lampau diaorang, kenangan diaorang.. macam2 lagi la.. seronok baca blog orang.. tapi ada yang tanya kat aku.. apa bestnya baca blog orang? hurm.. mungkin tak best bg dia, atau pun dia pura-pura tak best. tapi bg aku.. aku leh tau cerita seseorang tu. n aku leh tumpang perasaan dengan cerita diaorang.. hah? tumpang perasaan? erk? aku pun tak tau nak explain macam mana.. Paham-paham sendiri la.. 

Apa-apa pun, ini lah blog aku. n aku akan wat yang terbaek..! Boboboy... ! ahaks!