Tuesday 28 June 2011

Anda Bosan?

" Alamak...boringlah!" Demikian keluhan remaja yang melepak, sewaktu ditanya kenapa tidak menghadiri sesi pengajiannya di sekolah. Seorang petugas pejabat dalam kerut wajah penuh kebosanan dengan bengang berkata, " Menyampah! Kerja tak pernah habis, boring betul!"

Sememangnya rasa jemu, bosan atau boring adalah unsur yang pasti pada manusia. Perkara tersebut adalah normal. Tetapi ia bertukar menjadi tidak normal apabila rasa tersebut menjadi penjajah kepada hati hingga menghalang produktiviti, kreativiti dan menjadi sebab merencat kemajuan. Apabila kemajuan menguasai hati hidup dirasakan begitu kosong, penat dan tidak menyenangkan. Akibatnya lahir pelbagai perkara negetif yang menyumbang kepada kepincangan masyakat dan kehidupan. Alangkah seksanya bagi manusia yang terperangkap dalam jaring kejemuan dan terlekat di bubu kebosanan.

Kejemuan adalah buah. Benih asalnya ada dalam diri setiap kita. Apabila kita gagal mengenal diri, dlam erti kata di mana kita datang, kenapa kita disini dan kemana kita selepas ini, maka dengan sewenangnya rasa jemu akan menakluk diri kita. 

Awas! sesuatu yang jangan dilupakan, senjata utama syaitan dalam merosakkan manusia ialah melalui panah kejemuan dan kebosanan! Kerana rasa jemu jugalah, ramai pejuang yang tersungkur di jalan perjuangan.

ARAH TUJUAN HIDUP

Juteru, terapi terbaik untuk menangani rasa jemu ialah dengan meletakkan dengan jelas hala dan matlamat hidup ini. Ingatlah! tanpa arah, hidup akan jadi tidak tentu arah! Suburkan dalam hati dan ingatan, kedatangan kita kedunia ini ada matlamat yang perlu disempurnakan. Kita ada amanah yang dipikul. Allah yang Maha Mencipta, sesungguhnya tidak menjadikan manusia dalam keadaan sia-sia. Kita diletakkan sebagai hamba di atas muka bumi ini, dalam posisi untuk beribadah kepada Yang Maha Esa.

Allah SWT dengan tegas menyatakan : 

" Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan semata-mata untuk beribadah kepada-Ku". 
(Az-Zariyyat: 56)

Kebosanan yang tidak terkawal adalah bermula dari jiwa yang kabur tentang matlamat ibadah. Betulkan pandangan terhadap erti hidup, sebagaimana tepatkan erti pula persepsi terhadap pengertian ibadah. Hidup ini adalah untuk beribadah. 

Sesungguhnya ibadah adalah kekuatan, yang akan memugar hati dengan keperkasaan. Ibadah adalah tujuan, yang dengannya menjadi penawar terhadap kebosanan yang berpanjangan. Pasakkan pula engan mendalam dalam ingatan, betapa tempoh pinjaman nyawa buat kita di dunia ini terlalu sebentar. "Hidup ini terlalu singkat, ia menjadi bertambah singkat apabila kita membuang masa." Demikian pesanan hikmah daripada orang bijaksana.

PENAWAR TERBAIK..

Renungilah akan hakikat masa yang sifatnya terlalu laju dan singkat. Sedangkan kita tidak lagi diberi peluang kedua untuk memiliki masa yang adaa sekarang. Ingatan tersebut akan menjadikan hati kita segar. Kita akan bersemangat untuk membuang selimut kebosanan, kejemuan dan rasa boring tersebut.

Sesungguhnya "zikrul maut" - mengingati mati adalah penawar terbaik bagi hati yang tekah dipanjat kejemuan. Beriktibarlah terhadap kematian yang begitu mudah terjadi kepada manusia. Kematian yang datang sesungguhnya pasti akan terjadi. Apabila telah sampai saatnya, ia akan berlaku tanpa rang lagi buat manusia untuk memohon penaangguhan. Hati yang hidup dengan ingatan terhadap kematian adalah hati yang akan segar dan bersemangat. Dia akan bersungguh untuk memenuhkan baki hidupnya engan amalan dan kebaikan. 

Kemudian , hati disuburkan pula dengan zikrullah dan membaca Al-Quran. Hati umpama sebidang tanah yang akan menjadi kontang apabila berjauhan dengan zikir dan Al-Quran. Tamsilan yang jelas, perlunya hati kita kepada zikrullah dan Al-Quran seperti perlunya ikan kepada air. Hati yang dijajah kejemuan  adalah hati yang erpisah daripada kedua perkara utama tersebut.

LUANGKAN PANDANGAN

Bermusafirlah! Kerana dalam musafir, terkandung hikmah yang tersangat banyak. Jauh perjalanan luas pemandangan. Akal kita akan lebih berdaya fikir apabila kita melakukan safar. Begitu pula hati, akan diresapi semangat yang segar apabila kembara dilakukan.

Doa? Ya. Kepada Allah jualah segala-galnya. Dia-lah yang memegang tangkai hati manusia. Dia-lah Yang Maha Berkuasa atas segala. Kepada-Nya-lah kita kena sungguh memohon, agara jauh dan dipulihkan hati daripada bahanya sifat kejemuan. Kalau kejemuan terus mencengkam jiwa.... Ingatlah...: 

Malaikat pencatat amal tidak pernah "BORING" dalam mencatatamalan kita selaku hamba! Kerana itu, boringkah kita dalam mengisi "bakul amalan" untuk bekalan yang akan dibawa ke AKHIRAT SANA?"

Sekadar perkongsian . (Anis /JUN/ 2011)

No comments:

Post a Comment