Monday 11 June 2012

Petua Rakan KIM buat Ibu Menyusukan Anak

Hai,, jumpa lagi.. hahha hari nih saya MC.. pagi tadi tak leh nak bangun.. teramat lah sakitnya belakang saya nih..pergi klinik Menara di Bukit Jelutong dapat la MC  2hari.. "Rehat cukup-cukup yer..jangan buat kerja berat-berat.." katanya si Doktor.. adui.. bila dapat duk rehat ni mula la mati kutu.. tak tau nak wat per. nak wat keje berat pun tak leh .. (tak sedar diri tuh pewot dah besar) Alhamdulillah.. ibu tak sihat tak per la. asalkan baby sihat.. Amin..

Tengah-tengah kebingungan tak tau nak buat aper tu.. tetiba teringat kan resepi turun temurun family salah seorang rakan KIM.. mengenai bagaimana nak perbanyakkan produk susu untuk si manja.. Dalam group KIM tu ramai yang bertanya macam mana nak perbanyakkan susu bila semakin lama semakin kurang.. tetiba hamba Allah nih postkan dekat KIM mengenai resepi tersebut.. Alhamdulillah.. mendapat sambutan yang amat hebat.. ramai yang bagi komen n feedback balik.. semuanya puas hati n berterima kasih kepada hamba Allah nih..

Jom kita tengok aper resepi dia...

RESEPI MENAMBAH SUSU BADAN


Bahan-bahan:-


1 gelas besar susu besar (Fresh Milk)
1 Biji Kurma
21 Biji Kismis
7 Biji Badam (Badam di goreng tanpa minyak dahulu)


Cara-caranya :-

Campurkan kesemuanya dan blendkan sehingga berbuih dan hancur.


Sedia!


Sebelum minum, selawat 3x dan baca "Ya Matin" 21x... kemudian minum..

Sgt sedap! ada rasa macam ais krim @ coconut shake without coconut. hahhaa. sila lah mencuba..
Perhatian! minuman ini boleh juga diberikan kepada suami yang teringin..hehe Rakan-rakan KIM ramai yang bercerita bila diaorg buat susu nih hubby diaorg pun nak tumpang skit.. Lagi satu walaupun tengah mengandung, anda juga digalakkan untuk minum sebagai persediaan untuk si kecil anda nanti.. 

Saya dah cuba n dah minum.. 


 Inilah hasilnya...


Nampak tak buih-buih tuh.. Yummy....

Ku buat demi anakku yang bakal lahir ini.. Doakan semua selamat.. Amin..

p/s: thanks kepada Hamba Allah yang sharekan resepi nih..(Maaf Tak Ingat Nama Awak)

Dah Lekat!

Assalammualaikum kawan-kawan..

Ingat tak post sy tempoh hari berkenaan dengan Sticker KIM.. ha.. sy dah tampal di cermin blakang kereta saya.. waktu tampal tuh.. feel dia lain tau.. seronok sgt.. sebab bakal berjumpa n akan dengar hon dari rakan-rakan KIM..

Jom Tgk..
.
.
.
.
.
.
.

Yey.. dah tampal.. nnt bila en Hubby balik.. sy suh dia betulkan skit. hehhe.

Thursday 7 June 2012

Botol Susu! & V-Cool Beg

Assalammualaikum semua..

Pon..Pon.. dah tba barang yang dipesan secara online.. nak tgk tak?



 Ini lah barang yang dalam kotak tadi..

ini barang yang dalam plastik skynet tadi..


Alhamdulillah.. dapat barang yang dibeli.. Terima kasih pada yang menjual.. n tahniah sebab berjaya membuatkan saya tertarik! hahhahha

Wednesday 6 June 2012

Moms@KIM!

Assalammualaikum semua... 

Pernah tak korang jumpa sticker macam ni kat mana-mana kereta?
.
.
.
.
.

Saya lum pernah jumpa lagi.. tapi bakal jumpa selepas nih.. sticker kereta nih di wujudkan khas oleh admin Kump. Ibu2 Menyusukan Anak di FB.. Sticker nih bertujuan untuk menyokong breastfeeding... juga dapat memberi semangat kepada mereka-mereka yang breastfeed.. 

Sticker nih simple but nice.. walaupun lum pernah breastfeed lagi.. tapi saya dah bersemangat nak lakukan untuk anak saya yang bakal lahir nnt. insyaallah.. Thanks pada Fatimah Harith yang slalu berkongsi cerita tentang breastfeed nih.. Kalau kawan-kawan ada masalah tentang breastfeed nih leh la g kat FB join group KIM nih. macam-macam soalan n pertanyaan boleh di tnya kat sana.. pasti ada yang menjawab.. 

Saya baru terima Sticker nih hari Isnin hari tuh.. belum berkesempatan nak menampal di cermin kereta.. maklum la pergerakan terbatas skit, pewot dah membesar.. hehehe jadi pada suami-suami di luar sana.. sokong lah isteri anda untuk memberikan makanan terbaik buat si manja anda dengan Breastfeed!


~ We Love To Breastfeed ~

Thursday 24 May 2012

~Corat Coret Kenduri Doa Selamat~

Assalamualaikum,

Lenggang perot! saper? adat ker? Perlu buat ker? ya.. itu adat katanya.. kalau kandungan dah tujuh bulan perlu wat lenggang perot tuk anak pertama jerk.. sejauh mana kebenarannya tak tau la kan. ini sedikit info tentang lenggang perot yang aku dapat daripada Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung di FB..


ADAT MELENGGANG PERUT MASYARAKAT MELAYU

Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim.

Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak perlu disiapkan untuk menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut disediakan adalah seperti berikut: 


• Tujuh helai kain yang berlainan warna.
• Satu gantang beras.
• Sebiji buah kelapa.
• Beberapa urat benang.
• Satu batang damar.
• Sedikit minyak kelapa atau minyak urut.
• Beberapa batang lilin.
• Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.
• Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.


Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan adat melenggang perut seperti berikut:

Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itu secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan.


Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkan secara perlahan-lahan di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali dan pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan itu. Tok bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan.


Setelah itu, sebelah tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain lapisan atas sekali dan dengan tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang satu lagi. Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil dilenggang-lenggangkan badan ibu itu. Dari sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut itu. Selepas itu, kain itu ditarik keluar daripada bawah badan ibu tersebut. Perbuatan ini akan dilakukan sehingga habis ketujuh-tujuh helai kain itu dikeluarkan dari bawah pinggang ibu tersebut. Kain yang di bawah sekali akan diberikan kepada tok bidan bersama-sama dengan kelapa, beras, damar, sirih pinang beserta dengan wang pengeras lima suku di dalam tepak sirih itu.


Biasanya, pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut itu akan dipakaikan dengan pakaian yang baru dan cantik.



dah baca? aku tak la buat kenduri melenggang perot.. 28hb April 2012 hari tuh aku buat kenduri doa selamat , mohon keselamatan aku dan anakku.. dan mohon memudahkan bersalin.. Amin.. Kenduri di adakan di rumah kami di Bukit Katil Indah, Melaka.. Ramai yang hadir.. Alhamdulillah.. Kami jemput Adik-adik tahfiz.. 

Jom tgk gambar-gambar semasa kenduri.. 

Berkat yang disediakan buat adik-adik Tahfiz..

Terima kasih buat paknjang n maknjang yang sudi datang dari Penang.. 

Terima Kasih juga buat Ayah n Ibu yang banyak membantu..

 Abah baru nak makan lepas adik-adik tahfiz balik
 suasana petang yang tak begitu panas.. Alhamdulillah..
 Me n Ma Hubby! Love u cayang!
Tetamu dari jauh.. hehehe jgn marah yer.. Fiq, Acha n Amir.. thanks 4 comming guys..


note: ada lagi sorang tetamu yang istimewa.. tapi tak sempat amek gambar dia ngan wife dia.. Thanks to you Azlan Mahat n Wanie.. (Hujung Kepala). Kawan lama , lama gler tak jumpa dia.. walhal duk satu Melaka jerk.. bak kata dia.."besar sgt gaknya Melaka nih"..

Wednesday 23 May 2012

Keterujaan Melayan RAYYAN DANISH!

Setiap perkahwinan pasti mengharapkan kehadiran cahaya mata.. Permata hati pasti dinantikan oleh setiap pasnagan yang telah berkahwin.. Sama juga seperti aku, sekian lama menantikan kehadiran permata hati. akhirnya Allah makbulkan doaku dan suami untuk mempunyai permata hati kami.. Aku amat bersyukur pada Nya.. ya betul! Rezeki tu ada antara lambat dan cepat jerk.. semuanya Allah telah aturkan buat kita.. Terima kasih Ya Allah..

Sambil aku menulis ni, aku begitu teruja dengan pergerakan si kecil di dalam.. Terima Kasih Ya Tuhan, Kau izinkan aku merasakannya.. Jom ! aku nak bercerita pasal anak officemate aku nih...

Rayyan Danish! Dilahirkan pada 29hb Januari 2012..Nama Mama dia Fatimah Harith n nama Abah dia Amirul Hafiz.. lepas Danish lahir dia terus dibawa balik ke Melaka.. sebab Fatimah nih balik pantang kat rumah mak dia.. sebelum  Fatimah balik ke Melaka sempat la skali kami pergi rumah mak mertua Fatimah di Kapar.. waktu tu Danish kecik lagi...kita agah dia pun dia wat tak tau jer...


Ni Danish waktu dalam hari lagi.. (kredit pic to amirul Hafiz)

Fatimah habis pantang jer dia balik sini.. aku, Misha n Aimi pun amek peluang nak tgk Danish.. (mak Danish jgn perasaan yer. kami nak tgk anak awak jerk.. bukan awak. hehhe) .. Punya lah seronok nak main ngan Danish.. 2x kami g umah Fatimah..

 Lawatan pertama selepas pantang.. 
Danish atas pangkuan Aimi.. Tak reti diam dak ni!

anyway... (nak amek hati mak Danish.) Thanks to Fatimah Harith sebab masakkan tuk kitaorg.. lawatan pertama Mee Goreng. Lawatan kedua Cucur Kodok! hahha walaupun mulut kami kata " takpayah la susah2.. kami dtg nak tgk Danish jer" tapi tgn menyumbat.. mulut mengunyah.. Kan Misha? kan Aimi.. hahhaha ngaku jerk la ngah lapar.. kan senang.. 


Tdo suda setelah penat bermain ngan aunty-aunty yang tak di undang nih. hehhehe 


Jom tengok gambar Danish pakai baju askar yang pakcik dia belikan.. 
.
.
.
.
.
.
.
Ya... ini dia gambar terkini Rayyan Danish! Sangat Cumel! (kredit pic to Fatimah Harith)

p/s: Puan Fatimah Harith n En. Amirul Hafiz.. terima kasih sudi bagi kami main ngan Rayyan Danish..

Tommee Tippee, Medela n Avent?

Assalammualaikum,

u ollsss... nak minta pendapat skit la.. 

mana satu yang ok tuk di beli n dipakai.. 

cer tgk breastpump nih..

Ini Produk Tommee Tippee...

Ini Philips Avent Electric Breast Pump 3 in 1,manual,letric,bateri

Ni Brand Madela..


rasanya mana satu yang ok?

REDEM HADIAH ANMUM!

Olla..!! 
Suka tak korang dapat hadiah? mesti suka kan.. 

Tempoh hari Anmum keluarkan iklan tuk pembeli Anmum redem hadiah percuma.. hadiah nya Blanket atau Thermometer untuk baby.. 

aku sempat kumpul blakang sudunya 5 keping jerk..so dapat la redem Blanket...  


Ni lah Blanketnya...........

 Wee!! dapat warna pink lagi!!!

Siap ada Bunny...!

Korang ada? hehhehe

KeMbALi SeMuLa SeTeLah SeKian LaMa MeNyEpi

Assalammualaikum semua..

Sihat kah? last update blog nih pada 21hb September 2011! Wow! lamanya tak update blog ni kan.. lepas raya tahun lepas dah kembali bekerja dan mood raya pun dah habis.. so aper lagi Kerja! Kerja! Kerja! lalalalla.... 

Dalam waktu tak update blog tuh banyak perkara yang terjadi disamping sibok kerja jer kan.. Still ingat tak post Rumah Terbuka Bukit Katil pada 17hb September 2011.. yer.. etulah postnya yangmenceritakan semuanya tentang rumah terbuka tu. Hari tu adalah hari sabtu.. pada hari ahadnya tu.. suami ku telah kehilangan atoknya.. Atoknya meninggal sebelum subuh hari ahad tuh. kami yang dalam kepenatan tu terkejut dengan berita tu.. lebih kurang jam 4.30 pagi mak call bgtau.. kami redha.. kerana arwah atok dah lama sakit.. tak boleh berjalan pun.. umur arwah atok pada masa tuh 104tahun.. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Amin.. (Al-Fatihah)

Seminggu selepas tu, kami semua memulakan tugas masing-masing.. aku juga meneruskan aktiviti mingguanku untuk pulang ke Melaka untuk berada disamping suami terchenta.. Masa berlalu begitu pantas.. Bulan 11 aku dapat berita gembira.. Alhamdulillah.. Allah kabulkan doaku dan suami.. hujung bulan lepas ku dan family ada kan kenduri doa selamat.. Alhamdulillah semua berjalan ngan lancar.. rasanya sampai sini dulu lah.. jom kita layan gambar-gambar lak..





Gambar ni di ambil di Taman Tamadun Islam di Terengganu

Ni di Melaka.. dekat parking Dataran Pahlawan..


Ma Beloved Hubby... 1st day lapor diri di UTEM.. Auw! Hencem..!

Ni gambar paling latest.. Ngah tunggu makanan kat kedai makan.

Sempat lagi kau! hahhaha bergambar dengan Johan di KFC Subang 2, time bufday anak buah dia..