Thursday 24 May 2012

~Corat Coret Kenduri Doa Selamat~

Assalamualaikum,

Lenggang perot! saper? adat ker? Perlu buat ker? ya.. itu adat katanya.. kalau kandungan dah tujuh bulan perlu wat lenggang perot tuk anak pertama jerk.. sejauh mana kebenarannya tak tau la kan. ini sedikit info tentang lenggang perot yang aku dapat daripada Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung di FB..


ADAT MELENGGANG PERUT MASYARAKAT MELAYU

Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim.

Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak perlu disiapkan untuk menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut disediakan adalah seperti berikut: 


• Tujuh helai kain yang berlainan warna.
• Satu gantang beras.
• Sebiji buah kelapa.
• Beberapa urat benang.
• Satu batang damar.
• Sedikit minyak kelapa atau minyak urut.
• Beberapa batang lilin.
• Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.
• Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.


Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan adat melenggang perut seperti berikut:

Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itu secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan.


Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkan secara perlahan-lahan di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali dan pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan itu. Tok bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan.


Setelah itu, sebelah tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain lapisan atas sekali dan dengan tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang satu lagi. Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil dilenggang-lenggangkan badan ibu itu. Dari sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut itu. Selepas itu, kain itu ditarik keluar daripada bawah badan ibu tersebut. Perbuatan ini akan dilakukan sehingga habis ketujuh-tujuh helai kain itu dikeluarkan dari bawah pinggang ibu tersebut. Kain yang di bawah sekali akan diberikan kepada tok bidan bersama-sama dengan kelapa, beras, damar, sirih pinang beserta dengan wang pengeras lima suku di dalam tepak sirih itu.


Biasanya, pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut itu akan dipakaikan dengan pakaian yang baru dan cantik.



dah baca? aku tak la buat kenduri melenggang perot.. 28hb April 2012 hari tuh aku buat kenduri doa selamat , mohon keselamatan aku dan anakku.. dan mohon memudahkan bersalin.. Amin.. Kenduri di adakan di rumah kami di Bukit Katil Indah, Melaka.. Ramai yang hadir.. Alhamdulillah.. Kami jemput Adik-adik tahfiz.. 

Jom tgk gambar-gambar semasa kenduri.. 

Berkat yang disediakan buat adik-adik Tahfiz..

Terima kasih buat paknjang n maknjang yang sudi datang dari Penang.. 

Terima Kasih juga buat Ayah n Ibu yang banyak membantu..

 Abah baru nak makan lepas adik-adik tahfiz balik
 suasana petang yang tak begitu panas.. Alhamdulillah..
 Me n Ma Hubby! Love u cayang!
Tetamu dari jauh.. hehehe jgn marah yer.. Fiq, Acha n Amir.. thanks 4 comming guys..


note: ada lagi sorang tetamu yang istimewa.. tapi tak sempat amek gambar dia ngan wife dia.. Thanks to you Azlan Mahat n Wanie.. (Hujung Kepala). Kawan lama , lama gler tak jumpa dia.. walhal duk satu Melaka jerk.. bak kata dia.."besar sgt gaknya Melaka nih"..

No comments:

Post a Comment