Wednesday 23 May 2012

Keterujaan Melayan RAYYAN DANISH!

Setiap perkahwinan pasti mengharapkan kehadiran cahaya mata.. Permata hati pasti dinantikan oleh setiap pasnagan yang telah berkahwin.. Sama juga seperti aku, sekian lama menantikan kehadiran permata hati. akhirnya Allah makbulkan doaku dan suami untuk mempunyai permata hati kami.. Aku amat bersyukur pada Nya.. ya betul! Rezeki tu ada antara lambat dan cepat jerk.. semuanya Allah telah aturkan buat kita.. Terima kasih Ya Allah..

Sambil aku menulis ni, aku begitu teruja dengan pergerakan si kecil di dalam.. Terima Kasih Ya Tuhan, Kau izinkan aku merasakannya.. Jom ! aku nak bercerita pasal anak officemate aku nih...

Rayyan Danish! Dilahirkan pada 29hb Januari 2012..Nama Mama dia Fatimah Harith n nama Abah dia Amirul Hafiz.. lepas Danish lahir dia terus dibawa balik ke Melaka.. sebab Fatimah nih balik pantang kat rumah mak dia.. sebelum  Fatimah balik ke Melaka sempat la skali kami pergi rumah mak mertua Fatimah di Kapar.. waktu tu Danish kecik lagi...kita agah dia pun dia wat tak tau jer...


Ni Danish waktu dalam hari lagi.. (kredit pic to amirul Hafiz)

Fatimah habis pantang jer dia balik sini.. aku, Misha n Aimi pun amek peluang nak tgk Danish.. (mak Danish jgn perasaan yer. kami nak tgk anak awak jerk.. bukan awak. hehhe) .. Punya lah seronok nak main ngan Danish.. 2x kami g umah Fatimah..

 Lawatan pertama selepas pantang.. 
Danish atas pangkuan Aimi.. Tak reti diam dak ni!

anyway... (nak amek hati mak Danish.) Thanks to Fatimah Harith sebab masakkan tuk kitaorg.. lawatan pertama Mee Goreng. Lawatan kedua Cucur Kodok! hahha walaupun mulut kami kata " takpayah la susah2.. kami dtg nak tgk Danish jer" tapi tgn menyumbat.. mulut mengunyah.. Kan Misha? kan Aimi.. hahhaha ngaku jerk la ngah lapar.. kan senang.. 


Tdo suda setelah penat bermain ngan aunty-aunty yang tak di undang nih. hehhehe 


Jom tengok gambar Danish pakai baju askar yang pakcik dia belikan.. 
.
.
.
.
.
.
.
Ya... ini dia gambar terkini Rayyan Danish! Sangat Cumel! (kredit pic to Fatimah Harith)

p/s: Puan Fatimah Harith n En. Amirul Hafiz.. terima kasih sudi bagi kami main ngan Rayyan Danish..

No comments:

Post a Comment