Monday 11 June 2012

Petua Rakan KIM buat Ibu Menyusukan Anak

Hai,, jumpa lagi.. hahha hari nih saya MC.. pagi tadi tak leh nak bangun.. teramat lah sakitnya belakang saya nih..pergi klinik Menara di Bukit Jelutong dapat la MC  2hari.. "Rehat cukup-cukup yer..jangan buat kerja berat-berat.." katanya si Doktor.. adui.. bila dapat duk rehat ni mula la mati kutu.. tak tau nak wat per. nak wat keje berat pun tak leh .. (tak sedar diri tuh pewot dah besar) Alhamdulillah.. ibu tak sihat tak per la. asalkan baby sihat.. Amin..

Tengah-tengah kebingungan tak tau nak buat aper tu.. tetiba teringat kan resepi turun temurun family salah seorang rakan KIM.. mengenai bagaimana nak perbanyakkan produk susu untuk si manja.. Dalam group KIM tu ramai yang bertanya macam mana nak perbanyakkan susu bila semakin lama semakin kurang.. tetiba hamba Allah nih postkan dekat KIM mengenai resepi tersebut.. Alhamdulillah.. mendapat sambutan yang amat hebat.. ramai yang bagi komen n feedback balik.. semuanya puas hati n berterima kasih kepada hamba Allah nih..

Jom kita tengok aper resepi dia...

RESEPI MENAMBAH SUSU BADAN


Bahan-bahan:-


1 gelas besar susu besar (Fresh Milk)
1 Biji Kurma
21 Biji Kismis
7 Biji Badam (Badam di goreng tanpa minyak dahulu)


Cara-caranya :-

Campurkan kesemuanya dan blendkan sehingga berbuih dan hancur.


Sedia!


Sebelum minum, selawat 3x dan baca "Ya Matin" 21x... kemudian minum..

Sgt sedap! ada rasa macam ais krim @ coconut shake without coconut. hahhaa. sila lah mencuba..
Perhatian! minuman ini boleh juga diberikan kepada suami yang teringin..hehe Rakan-rakan KIM ramai yang bercerita bila diaorg buat susu nih hubby diaorg pun nak tumpang skit.. Lagi satu walaupun tengah mengandung, anda juga digalakkan untuk minum sebagai persediaan untuk si kecil anda nanti.. 

Saya dah cuba n dah minum.. 


 Inilah hasilnya...


Nampak tak buih-buih tuh.. Yummy....

Ku buat demi anakku yang bakal lahir ini.. Doakan semua selamat.. Amin..

p/s: thanks kepada Hamba Allah yang sharekan resepi nih..(Maaf Tak Ingat Nama Awak)

No comments:

Post a Comment